Bulughulmaram : Nikah : Hadis-hadis nikah Bahagian 1

Salam, post ini mengandungi video pengajian Kitab Bulughulmaram Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 1.

Video Bulughulmaram Hadis-hadis nikah Bahagian 1

Bagi pengguna desktop, video akan terus ke hadis yang dimaksudkan. Bagi pengguna mobile, video akan dimainkan dari mula.
Video hadis mula pada 00:00:01



Senarai hadis Bulughulmaram : Nikah : Hadis-hadis nikah Bahagian 1

Kewajipan pemuda yang telah mampu untuk bernikah

Hadis dalam bahasa arab
عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ لَنَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( يَا مَعْشَرَ اَلشَّبَابِ ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ اَلْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ , فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ , وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ , وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ; فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari 'Abdullah bin Mas'ud, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Wahai kaum pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu memberikan belanja, maka hendaklah ia nikah kerana sesungguhnya pernikahan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak sanggup, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu menjadi pengibiri.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis dalam bahasa Indonesia
Abdullah Bin Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia bernikah, karena ia (bernikah) dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum (bernikah) mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikannya." Muttafaq Alaihi.


Nabi Muhammad solat, tidur, berpuasa, berbuka puasa dan mengahwini perempuan.

Hadis dalam bahasa arab
وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم حَمِدَ اَللَّهَ , وَأَثْنَى عَلَيْهِ , وَقَالَ : لَكِنِّي أَنَا أُصَلِّي وَأَنَامُ , وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ , وَأَتَزَوَّجُ اَلنِّسَاءَ , فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Anas bin Malik: Sesungguhnya Nabi SAW telah menyatakan pujian dan syukur kepada Allah. Lalu sabdanya: “Akan tetapi diriku sendiri tetap solat, tidur dan puasa serta berbuka, juga aku menikahi perempuan. Barangsiapa yang membenci sunnahku ini maka ia bukan dari golonganku.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Anas Bin Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku solat, tidur, berpuasa, berbuka puasa dan mengahwini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.

Mengenai Kitab Bulugh Al Maram

Bulughul Maram atau Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, disusun oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H). Hadis-hadis ini diriwayat oleh tujuh Imam dalam ilmu hadis iaitu Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzy, Nasa'i dan Ibnu Majah. Ibnu Hajar menggunakan istilah tertentu dalam penyebutan yang mengeluarkan hadits (mukharrij) yakni:
(Riwayat 7 imam Hadis) Rowahu as-Sab'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam dalam ilmu Hadits, yaitu Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzy, Nasa'i dan Ibnu Majah
(Riwayat 6 imam Hadis) Rowahu as-Sittah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad
(Riwayat 5 imam Hadis) Rowahu al-Khamsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Bukhari-Muslim
(Riwayat 4 imam Hadis) Rowahu al-Arba'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari dan Muslim
(Riwayat 3 imam Hadis) Rowahu ats-Tsalitsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah
(Riwayat 2 imam Hadis) Muttafaqun 'alaih untuk hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim.

Semoga bermanfaat. Segala yang baik daripada Allah dan kekurangan daripada diri saya sendiri. Sebarang maklumbalas sila hubungi email norazizahtrading@gmail.com

Rujukan:
1. Bulughul Maram Terjemahan Indonesia Alquran-sunnah.com
2. Terjemahan Bulughul Maram – Pedoman mencapai hajat
3. Youtube Official Ustadz Khalid Basalamah

Senarai post berkaitan Bulughulmaram

Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 1
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 2
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 3
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 4