Bulughulmaram : Solat : Syarat-syarat Solat Bahagian 1

Salam, post ini mengandungi video pengajian Kitab Bulughulmaram Bab Solat Syarat-syarat Solat Bahagian 1.  Post ini dibuat khas untuk rujukan kepada hadis yang dimaksudkan. Semoga memberi kemudahan untuk membuat rujukan di masa depan.

Video Bulughulmaram Syarat-syarat Solat Bahagian 1

Bagi pengguna desktop, video akan terus ke hadis yang dimaksudkan. Bagi pengguna mobile, video akan dimainkan dari mula.
Video hadis mula pada 00:00:01



Senarai hadis Bulughulmaram : Solat : Syarat-syarat Solat Bahagian 1

Kentut ketika solat

Hadis dalam bahasa Arab
عَنْ عَلِيِّ بْنِ طَلْقٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا فَسَا أَحَدُكُمْ فِي اَلصَّلَاةِ فَلْيَنْصَرِفْ وَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُعِدْ اَلصَّلَاةَ ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Ali bin Thalq, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang di antara kamu ketika solat kentut, hendaklah ia berpaling, lalu berwuduk dan mengulangi solatnya.” Riwayat lima ahli hadis.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Ali Ibnu Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang di antara kamu kentut dalam sholat maka hendaknya ia membatalkan sholat berwudlu dan mengulangi sholatnya. Riwayat Imam Lima. Shahih menurut Ibnu Hibban.


Muntah membatalkan wuduk (hadis dhaif)

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ: “مَنْ أَصَابَهُ قَيْءٌ أَوْ رُعَافٌ, أَوْ قَلَسٌ, أَوْ مَذْيٌ فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَتَوَضَّأْ, ثُمَّ لِيَبْنِ عَلَى صَلَاتِهِ, وَهُوَ فِي ذَلِكَ لَا يَتَكَلَّمُ”. أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَه، وَضَعَّفَهُ أَحْمَدُ، وَغَيْرُهُ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari ‘Aisyah: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang muntah atau mengeluarkan darah dari hidung atau mengeluarkan air mazi maka dia hendak lah keluar lalu berwuduk. Kemudian hendak lah dia menyambung solatnya (yang terdahulu) dalam keadaan itu dia tidak bercakap” Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan didhaifkan oleh Ahmad serta selainnya.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari ‘Aisyah رضي الله عنها sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa yang muntah atau mengeluarkan darah dari hidung atau jeluak atau mengeluarkan air mazi maka dia hendak lah keluar lalu berwudhu. Kemudian hendak lah dia menyambung solatnya (yang terdahulu) dalam keadaan itu dia tidak bercakap” Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan didhaifkan oleh Ahmad serta selainnya.


Memakai tudung semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ عَائِشَةَ عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : ( لَا يَقْبَلُ اَللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا النَّسَائِيُّ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Aisyah, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: “Allah tidak menerima solat wanita yang baligh, melainkan dengan memakai tudung.” Riwayat Lima Ahli Hadis kecuali Nasa'i

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Allah tidak akan menerima sholat seorang perempuan yang telah haid (telah baligh kecuali dengan memakai kudung. Riwayat Imam Lima kecuali Nasa'i dan dinilai shahih oleh Ibnu Khuzaimah.


Memakai kain semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لَهُ ( إِنْ كَانَ اَلثَّوْبُ وَاسِعًا فَالْتَحِفْ بِهِ ) - يَعْنِي فِي اَلصَّلَاةِ - وَلِمُسْلِمٍ ( فَخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ - وَإِنْ كَانَ ضَيِّقًا فَاتَّزِرْ بِهِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Jabir, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda kepadanya: Apabila kainmu itu lebar, maka berselimutlah dengannya, iaitu di dalam solatnya, “dan pada Muslim”... selempangkanlah kedua ulungnya, dan jika sempit, maka berkainlah dengannya.” Riawayat Bukhari dan Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepadanya: Apabila kain itu lebar maka berkudunglah dengannya -yakni dalam sholat.- Menurut riwayat Muslim: Maka selempangkanlah di antara dua ujungnya dan apabila sempit maka bersarunglah dengannya. Muttafaq Alaihi.


Memakai kain semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَلَهُمَا مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه ( لَا يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي اَلثَّوْبِ اَلْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقِهِ مِنْهُ شَيْءٌ )

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dan pada mereka berdua (Bukhari dan Muslim) dari hadis Abu Hurairah: “Tidak boleh seseorang di antara kamu solat dengan satu kain yang sebahagian daripadanya tidak melekat di atas bahunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Menurut riwayat Bukhari-Muslim dari hadits Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu beliau bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu sholat dengan memakai selembar kain yang sebagian dari kain itu tidak dapat ditaruh di atas bahunya.


Pakaian perempuan semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ - رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- ; أَنَّهَا سَأَلَتْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ( أَتُصَلِّي اَلْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ بِغَيْرِ إِزَارٍ ؟ قَالَ : إِذَا كَانَ اَلدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا ) أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَ اَلْأَئِمَّةُ وَقْفَهُ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Ummi Salamah, bahawasanya ia pernah bertanya kepada Nabi SAW: “Apakah boleh seseorang perempuan solat dengan baju dan tudung, tetapi tidak memakai (kain)?” Sabdanya: “Boleh, apabila baju itu panjang menutupi kedua hujung kakinya.” Riwayat Abu Dawud dan para Imam Hadis mengesahkan kemauqufannya.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu bahwa dia bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: Bolehkah seorang perempuan sholat dengan memakai baju panjang dan kerudung tanpa sarung؟ Beliau bersabda: Boleh apabila baju panjang itu lebar menutupi punggung atas kedua kakinya. Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Para Imam Hadits menilainya mauquf.


Solat semasa darurat tidak menghadap kiblat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ رضي الله عنه قَالَ : ( كُنَّا مَعَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي لَيْلَةٍ مَظْلَمَةٍ فَأَشْكَلَتْ عَلَيْنَا اَلْقِبْلَةُ فَصَلَّيْنَا . فَلَمَّا طَلَعَتِ اَلشَّمْسُ إِذَا نَحْنُ صَلَّيْنَا إِلَى غَيْرِ اَلْقِبْلَةِ فَنَزَلَتْ : (فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اَللَّهِ ) ) أَخْرَجَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَضَعَّفَهُ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari 'Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW pada suatu malam yang gelap, lalu beliau tidak dapat menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Lalu turun ayat “maka kemanapun kamu menghadap, di situ ada keredhaan Allah.” Riwayat Tirmidzi dan dikuatkan oleh Bukhari.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Amir Ibnu Rabi'ah Radliyallaahu 'anhu berkata: Kami pernah bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dalam suatu malam yang gelap maka kami kesulitan menentukan arah kiblat lalu kami sholat. Ketika matahari terbit ternyata kami telah sholat ke arah yang bukan kiblat maka turunlah ayat (Kemana saja kamu menghadap maka disanalah wajah Allah). Riwayat Tirmidzi. Hadits lemah menurutnya.


Solat dengan tidak tepat ke arah kiblat adalah boleh

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَا بَيْنَ اَلْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَوَّاهُ اَلْبُخَارِيُّ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Arah antara masyriq dan maghrib itu kiblat.” Riwayat Tirmidzi dan dikuatkan oleh Bukhari.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Ruang antara Timur dan Barat adalah Kiblat. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dikuatkan oleh Bukhari.


Solat di dalam kenderaan mengikut arah kenderaan

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ رضي الله عنه قَالَ : ( رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ بِهِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ زَادَ اَلْبُخَارِيُّ ( يُومِئُ بِرَأْسِهِ وَلَمْ يَكُنْ يَصْنَعُهُ فِي اَلْمَكْتُوبَةِ )

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari 'Amir bin Rabi'ah, ia berkata: saya melihat Rasulullah SAW solat di atas kenderaannya menghadap arah sesuai arah kenderaan itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Amir Ibnu Rabi'ah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sholat di atas kendaraannya ke arah mana saja kendaraan itu menghadap. Muttafaq Alaihi. Bukhari menambahkan: Beliau memberi isyarat dengan kepalanya namun beliau tidak melakukannya untuk sholat wajib.


Menghadap kiblat ketika takbiratul ihram di dalam kenderaan

Hadis dalam bahasa Arab
وَلِأَبِي دَاوُدَ : مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ : ( كَانَ إِذَا سَافَرَ فَأَرَادَ أَنْ يَتَطَوَّعَ اِسْتَقْبَلَ بِنَاقَتِهِ اَلْقِبْلَةِ فَكَبَّرَ ثُمَّ صَلَّى حَيْثُ كَانَ وَجْهَ رِكَابِهِ ) وَإِسْنَادُهُ حَسَنٌ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dan pada Abu Dawud dari hadis Anas, “Dan adalah beliau apabila dalam pelayaran dan hendak solat sunnah, beliau menghadap kiblat dengan untanya, lalu beliau bertakbir, kemudian beliau solat menghadap sesuai arah kenderaannya berjalan.” Riwayat Abu Dawud.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dalam riwayat Abu Dawud dari hadits Anas Radliyallaahu 'anhu : Apabila beliau bepergian kemudian ingin sholat sunat maka beliau menghadapkan unta kendaraannya ke arah kiblat. Beliau takbir kemudian sholat menghadap ke arah mana saja kendaraannya menghadap. Sanadnya hasan.


Seluruh bumi adalah masjid kecuali kuburan dan tempat mandi

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رضي الله عنه عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ( اَلْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا اَلْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَلَهُ عِلَّةٌ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abi Sa'id Al Khadri, bahawa Nabi SAW bersabda: “Bumi itu seluruhnya adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat mandi.” Riwayat Tirmidzi, tetapi ada illat pada hadis ini.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bumi itu seluruhnya masjid kecuali kuburan dan kamar mandi. Riwayat Tirmidzi tetapi ada cacatnya.


Larangan solat di tujuh tempat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ - رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا-]قَالَ] : ( نَهَى اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعِ مَوَاطِنَ : اَلْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ اَلطَّرِيقِ وَالْحَمَّامِ وَمَعَاطِنِ اَلْإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اَللَّهِ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَضَعَّفَهُ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Ibnu 'Umar, bahawasanya Nabi SAW melarang (seseorang) solat di tujuh tempat, iaitu di tempat sampah, tempat penyembelihan haiwan, kuburan, tengah jalan, tempat mandi, tempat tambatan unta dan di atap Baitullah. Riwayat Tirmidzi.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang untuk sholat di tujuh tempat: tempat sampah tempat penyembelihan hewan pekuburan tengah jalan kamar mandi/WC kandang unta dan di atas Ka'bah. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dinilai lemah olehnya.


Jangan solat dan duduk di kuburan

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي مَرْثَدٍ اَلْغَنَوِيِّ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتَ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : ( لَا تُصَلُّوا إِلَى اَلْقُبُورِ وَلَا تَجْلِسُوا عَلَيْهَا ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abi Marsad Al Ghanawi, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu solat di kuburan dan jangan kamu duduk di atasnya.” Riwayat Muslim

Hadis dalam bahasa Indonesia
Abu Murtsad Al-Ghonawy berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Janganlah engkau sholat menghadap kuburan dan jangan pula engkau duduk di atasnya. Riwayat Muslim.


Solat dengan memakai kasut

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ اَلْمَسْجِدَ فَلْيَنْظُرْ فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ أَذًى أَوْ قَذَرًا فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا ) أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abi Sa'id Al Khudri, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang di antara kamu datang ke masjid, hendaklah ia memperhatikan, jika ia melihat dua kasutnya ada sesuatu yang tidak bersih atau kotor, hendaklah ia gosok dan ia boleh solat dengan memakai keduanya.” Riwayat Abu Dawud.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Said Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang di antara kamu mendatangi masjid hendaklah ia memperhatikan jika ia melihat kotoran atau najis pada kedua sandalnya hendaklah ia membasuhnya dan sholat dengan mengenakannya. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan dinilai shahih oleh Ibnu Khuzaimah.


Membersihkan sarung kaki dengan tanah

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا وَطِئَ أَحَدُكُمْ اَلْأَذَى بِخُفَّيْهِ فَطَهُورُهُمَا اَلتُّرَابُ ) أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang di antara kamu menginjak kotoran dengan dua sarung kakinya, maka pembersihnya adalah tanah.” Riwayat Abu Dawud.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang di antara kamu menginjak najis dengan sepatunya maka sebagai pencucinya ialah debu tanah. Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.


Di dalam solat hanya tasbih, takbir dan bacaan Al Quran

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ اَلْحَكَمِ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ هَذِهِ اَلصَّلَاةَ لَا يَصْلُحُ فِيهَا شَيْءٌ مِنْ كَلَامِ اَلنَّاسِ إِنَّمَا هُوَ اَلتَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ اَلْقُرْآنِ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Mu'awiyyah bin Hakam ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW, bahawasanya: “Solat itu tidak layak disertai dengan sesuatu perkataan manusia sebab solat hanya tasbih, takbir dan bacaan Al-Quran.” Riwayat Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Muawiyah Ibnul Hakam Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya sholat ini tidak layak di dalamnya ada suatu perkataan manusia. Ia hanyalah tasbih takbir dan bacaan al-Qur'an. Diriwayatkan oleh Muslim.


Dilarang berkata-kata di dalam solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رضي الله عنه قَالَ : ( إِنْ كُنَّا لَنَتَكَلَّمُ فِي اَلصَّلَاةِ عَلَى عَهْدِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يُكَلِّمُ أَحَدُنَا صَاحِبَهُ بِحَاجَتِهِ حَتَّى نَزَلَتْ : (حَافِظُوا عَلَى اَلصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ اَلْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ) ]اَلْبَقَرَة : ٢٣٨] فَأُمِرْنَا بِالسُّكُوتِ وَنُهِينَا عَنْ اَلْكَلَامِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Zaid bin Arqam, bahawasanya ia berkata: Sesungguhnya pada zaman Rasulullah SAW kami biasa berkata-kata dalam solat (iaitu) seseorang dari kami berkata kepada sahabatnya tentang keperluannya hingga turun ayat yang ertinya: “Kerjakanlah solat wajib dengan tetap dan khusyu', lalu kami diperintah supaya diam dan dilarang berkata-kata. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Zaid Ibnu Arqom berkata: Kami benar-benar pernah berbicara dalam sholat pada jaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam salah seorang dari kami berbicara dengan temannya untuk keperluannya sehingga turunlah ayat (Peliharalah segala sholat(mu) dan sholat yang tengah dan berdirilah untuk Allah dengan khusyu') lalu kami diperintahkan untuk diam dan kami dilarang untuk berbicara. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim.


Cara menegur imam dalam solat (tasbih atau tepuk tangan)

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلتَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. زَادَ مُسْلِمٌ ( فِي اَلصَّلَاةِ )

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tasbih itu bagi lelaki dan tepuk tangan bagi perempuan.” Riwayat Bukhari dan Muslim, dan Muslim menambahkan kata-kata “dalam solat.”

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Tasbih itu bagi laki-laki dan tepuk tangan itu bagi wanita. Muttafaq Alaihi. Muslim menambahkan: Di dalam sholat.


Menangis di dalam solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ : ( رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي وَفِي صَدْرِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ اَلْمِرْجَلِ مِنْ اَلْبُكَاءِ ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا اِبْنَ مَاجَهْ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ.

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Mutharrif bin 'Abdullah bin Syakir, dari bapanya, ia berkata: “Saya melihat Rasulullah SAW solat dan dalam dadanya ada suara gelegak seperti gelegaknya wajah kerana tangis.” Riwayat Lima Ahli Hadis kecuali Ibnu Majah.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Mutharrif Ibnu Abdullah Ibnus Syikhir dari ayahnya dia berkata: Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sedang sholat dan di dadanya ada suara seperti suara air yang mendidih karena menangis. Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Ibnu Majah dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban.


Berdehem semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ عَلَيٍّ رضي الله عنه قَالَ : ( كَانَ لِي مَعَ رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَدْخَلَانِ فَكُنْتُ إِذَا أَتَيْتُهُ وَهُوَ يُصَلِّي تَنَحْنَحَ لِي ) رَوَاهُ النَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari 'Ali, ia berkata: “Adalah bagi saya sendiri dua waktu pertemuan dengan Rasulullah SAW, maka apabila saya datang kepadanya ketika solat, maka baginda berdehem kepada saya.” Riwayat Nasa'i dan Ibnu Majah.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mempunyai dua pintu masuk kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam maka jika aku mendatanginya ketika beliau sholat beliau akan berdehem buatku. Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Majah.


Menjawab salam dengan isyarat semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ - رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا-]قَالَ] : ( قُلْتُ لِبِلَالٍ : كَيْفَ رَأَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَرُدَّ عَلَيْهِمْ حِينَ يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي ؟ قَالَ : يَقُولُ هَكَذَا وَبَسَطَ كَفَّهُ ) أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Ibnu 'Umar, ia berkata: Saya bertanya kepada Bilal: “Bagaimana tuan melihat Nabi SAW menjawab mereka (sahabat-sahabatnya) pada waktu mereka memberi salam kepadanya, padahal baginda sedang solat?” Jawabnya: “Baginda menjawab begini” sambil ia buka telapak tangannya. Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku bertanya pada Bilal: Bagaimana engkau melihat cara Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menjawab salam mereka ketika beliau sedang sholat؟ Bilal menjawab: Begini. Dia membuka telapak tangannya. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadits shahih menurut Tirmidzi.


Mendukung anak semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ رضي الله عنه قَالَ : ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتِ زَيْنَبَ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَلِمُسْلِمٍ : ( وَهُوَ يَؤُمُّ اَلنَّاسَ فِي اَلْمَسْجِدِ )

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Qatadah, ia berkata: Pernah Rasulullah SAW solat dengan mendukung Umamah binti Zainab, iaitu ketika baginda sujud baginda letakkan dan ketika baginda berdiri, didukungnya kembali. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu berkata: Pernah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam sholat sambil menggendong Umamah putri Zainab. Jika beliau sujud beliau meletakkannya dan jika beliau berdiri beliau menggendongnya. Muttafaq Alaihi. Dalam riwayat Muslim: Sedang beliau mengimami orang.


Membunuh ular dan kala jengking semasa solat

Hadis dalam bahasa Arab
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اُقْتُلُوا اَلْأَسْوَدَيْنِ فِي اَلصَّلَاةِ : اَلْحَيَّةَ وَالْعَقْرَبَ ) أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ

Hadis dalam bahasa Malaysia
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bunuhlah dua yang hitam ketika (kamu) sedang solat. Iaitu ular dan kala jengking.” Riwayat Empat Ahli Hadis.

Hadis dalam bahasa Indonesia
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bunuhlah dua binatang hitam dalam sholat yaitu ular dan kalajengking. Dikeluarkan oleh Imam Empat dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban.

Mengenai Kitab Bulugh Al Maram

Bulughul Maram atau Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, disusun oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H). Hadis-hadis ini diriwayat oleh tujuh Imam dalam ilmu hadis iaitu Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzy, Nasa'i dan Ibnu Majah. Ibnu Hajar menggunakan istilah tertentu dalam penyebutan yang mengeluarkan hadits (mukharrij) yakni:
(Riwayat 7 imam Hadis) Rowahu as-Sab'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam dalam ilmu Hadits, yaitu Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzy, Nasa'i dan Ibnu Majah
(Riwayat 6 imam Hadis) Rowahu as-Sittah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad
(Riwayat 5 imam Hadis) Rowahu al-Khamsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Bukhari-Muslim
(Riwayat 4 imam Hadis) Rowahu al-Arba'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari dan Muslim
(Riwayat 3 imam Hadis) Rowahu ats-Tsalitsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah
(Riwayat 2 imam Hadis) Muttafaqun 'alaih untuk hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim.

Semoga bermanfaat. Segala yang baik daripada Allah dan kekurangan daripada diri saya sendiri. Sebarang maklumbalas sila hubungi email norazizahtrading@gmail.com

Rujukan:
1. Bulughul Maram Terjemahan Indonesia Alquran-sunnah.com
2. Terjemahan Bulughul Maram – Pedoman mencapai hajat
3. Youtube Official Ustadz Khalid Basalamah

Senarai post berkaitan Bulughulmaram

Kitab Solat Bab Syarat-syarat Solat Bahagian 1
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 1
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 2
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 3
Kitab Nikah Bab Hadis-hadis nikah Bahagian 4