5 cara semak tracking POSLaju Malaysia

Salam, hari ni nor nak kongsi cara semak tracking POSLaju  :)
Selepas menghantar atau sedang menunggu untuk menerima barang melalui POSLaju, mesti kita nak tahu dimana dah barang tu berada.  Bagi nor ada 5 cara boleh digunakan untuk tracking POSLaju.  Cara ni hanya boleh digunakan untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.


5 CARA SEMAK TRACKING POSLAJU MALAYSIA


1.  Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POS Malaysia.


Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POS Malaysia
Cara Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POS Malaysia

POSLaju merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad.  Boleh semak tracking number POSLaju terus di laman web POS Malaysia.  Berikut ialah pautan yang boleh digunakan:
  1. http://www.pos.com.my/
  2. http://www.pos.com.my/postal-services/quick-access/?track-trace


2.  Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POSLaju.

Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POSLaju.
Semak tracking POSLaju Malaysia secara online di laman web POSLaju.


POSLaju juga memiliki laman web sendiri.  Boleh terus semak tracking POSLaju di laman web POSLaju atau laman web yang ada menyediakan tracking poslaju secara online.  Berikut ialah pautan yang boleh digunakan:

  1. http://www.poslaju.com.my 
  2. http://www.poslaju.com.my/track-trace
  3. http://www.poslajutracking.com

3. Semak tracking POSLaju Malaysia melalui telefon HOTLINE

Boleh terus semak tracking POSLaju dengan menghubungi telefon Hotline POSLaju.

POSLAJU HOTLINE
1-300-300-300


 4. Semak tracking POSLaju Malaysia melalui telefon cawangan POSLaju yang menerima bungkusan.

Boleh terus semak tracking POSLaju dengan menghubungi telefon cawangan POSLaju yang berdekatan dengan alamat penerima.  Nombor telefon POSLaju kebanyakannya boleh terus didapati melalui laman web POSLaju.

POSLaju Contact Number:  http://poslaju.com.my/contact-us/



5. Semak tracking POSLaju Malaysia dengan terus ke kaunter POSLaju berdekatan.

Penerima boleh terus ke kaunter POSLaju berdekatan untuk menyemak tracking POSLaju.  Kebiasaannya selepas 2 atau 3 hari penghantaran, penerima boleh ke kaunter POSLaju untuk mengetahui samada barang yang dikirim telah sampai atau belum.


Setakat ini dahulu, semoga barang yang dikirim selamat sampai ke tangan tuannya :)


Post berkaitan POS Laju di blog ini
5 cara semak tracking POSLaju Malaysia
Jenis-jenis borang POS Laju Consignment Note
Video Tutorial Template Poslaju
Cetak 100 borang poslaju menggunakan template poslaju 50 pages
Set page size printer LQ310 Windows 10 untuk borang poslaju consignment note
Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template Poslaju Online Print
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Word Kingsoft Writer