Jenis-jenis borang POS Laju Consignment Note

Salam, hari ni nak kongsi jenis-jenis borang POS Laju untuk pnghantaran domestik.  Borang POS Laju yang dimaksudkan ni, borang yang perlu diambil di kaunter POS Laju. 

Jenis-jenis borang POS Laju Consignment Note
Jenis-jenis borang POS Laju Consignment Note


Terdapat 3 jenis borang POS Laju dengan warna berbeza.

JENIS-JENIS BORANG POS LAJU


1. BORANG POS LAJU KONTRAK (OREN)


Borang POS Laju kontrak ini berwarna oren.  Digunakan oleh pengguna yang ada mendaftar di POS Laju.  Kebanyakannya syarikat-syarikat menggunakan perkhidmatan ini.   Pengguna boleh membuat penghantaran terus tanpa membuat bayaran terlebih dahulu.  Bayaran akan dibuat sekaligus pada setiap bulan. 

2. BORANG POS LAJU PRA BAYAR (UNGU)


Borang POS Laju pra bayar berwarna ungu.  Digunakan oleh pengguna yang menggunakan bungkusan PRA BAYAR POS Laju.  Bungkusan Pra Bayar ini boleh dibeli di kauntr-kaunter POS Laju.  Harga bungkusan terus termasuk bayaran penghantaran.  Boleh beli bungkusan terlebih dahulu.  Bila nak hantar tak perlu lagi buat bayaran penghantaran.  Ada borang khas digunakan untuk pengguna yang menggunakan bungkusan ini.


3. BORANG POS LAJU BIASA (COKLAT) 


Borang POS Laju biasa ini berwarna coklat.  Digunakan oleh pengguna yang bukan kontrak dan tidak menggunakan bungkusan pra bayar POS Laju.  Pengguna boleh menggunakan bungkusan sendiri atau dapatkan bungkusan yang disediakan oleh POS Laju.  Bungkusan ini dijual di POS Laju tetapi tidak termasuk kos penghantaran.  Bila nak hantar baru bayar :)


Semoga bermanfaat :)


Info berkaitan POSLaju di sini:

5 Cara semak tracking POSLaju Malaysia
Alamat dan nombor telefon POSLaju seluruh Malaysia dalam bentuk PDF
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template Poslaju Multiple Product List with Quantity Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet LQ310