Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel

Salam semua, sekarang dah ada template poslaju yang boleh print 10 borang poslaju dalam 1 masa :) Nor paling suka gunakan template poslaju 10 pages ni. Boleh print 1 hingga 10 borang dalam 1 masa. Lebih mudah dan pantas.

Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel Kingsoft Spreadsheet
Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel


Poslaju ada menyediakan borang khas untuk setiap penghantaran. Borang-borang ni nor suka print berbanding tulis tangan. Template poslaju ni boleh print pada borang slip poslaju consignment note dengan printer dot matrix. Nor buat menggunakan Microsoft Excel. Terdapat banyak jenis slip poslaju, buat masa ni boleh lihat pada MFG DATE untuk membezakan setiap borang. MFG DATE terletak di sebelah kanan slip.

Nor ingat lagi, masa mula-mula guna perkhidmatan poslaju. Tulis tangan pada borang, lepas tu ada juga guna cop pada maklumat pengirim dan tulis tangan pada maklumat penerima. Nor pernah juga print terus daripada laman web poslaju. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Terkini nor lebih suka print borang poslaju. Borang poslaju yang diambil di kaunter dan boleh print guna printer. Tiada lagi tulisan tangan. Maklumat pengirim dan penerima semuanya dicetak. Bagi nor cara ni mudah dan cepat. Pada mulanya hanya print satu per satu. Borang poslaju yang bersambung-sambung tu, nor koyak satu persatu dan kemudian baru print. hehe... masa tu tak tahu lagi fungsi 'tractor' yang boleh print kertas yang bersambung-sambung.

Bila dah tahu, tiada lagi proses koyak dulu print kemudian. Proses bertukar pula kepada print dulu, koyak kemudian. Masih lagi print borang satu persatu. Lepas print 1 borang, koyak. Print 1 borang, koyak... :) Masa lebih cepat daripada sebelum ni.

Dan yang terkini... nor dapat 1 cara untuk print 10 borang atau lebih dalam 1 masa. Banyak jimat masa bila banyak borang poslaju kena print. Nor buat 1 template yang boleh print 1 hingga 10 borang poslaju. Dengan template ni boleh print 1 hingga 10 borang poslaju dalam 1 masa. Lepas print 1 atau 10 borang baru koyak.

A. TEMPLATE SLIP BORANG POSLAJU CONSIGNMENT NOTE 10 PAGES CONTINUOUS PRINTING


Template Poslaju 10 Pages 
+ Direka khas untuk pengguna borang poslaju yang memerlukan tempat simpanan data.
+ Maklumat pengirim boleh ditaip dan dicetak.
+ Maklumat penerima automatik update mengikut data yang telah dimasukkan.
+ Hanya perlu masukkan Order no, maklumat penerima akan automatik bertukar. Lebih cepat :)
+ Data penerima boleh disimpan sehingga beratus-ratus data mengikut had sheet.
+ Boleh cetak 1 hingga 10 borang sahaja menggunakan continuous paper.

Dalam template ni terdapat 4 sheet.
1. POSLAJU
2. ORDER
3. SETTING
4. USER MANUAL

 Fungsi SHEET di dalam template Poslaju: .

1. POSLAJU 
Sheet POSLAJU merupakan sheet utama dimana maklumat di dalam sheet ini yang akan dicetak di borang poslaju. Untuk template poslaju ini, boleh masukkan data penerima di sheet 'Order'. Maklumat akan automatik dikemaskini apabila Order No dimasukkan. Walaupun ada 10 borang yang akan dicetak, maklumat yang perlu diisi pada sheet 'POSLAJU' hanyalah borang yang pertama sahaja. Borang ke dua hingga sepuluh akan dikemas kini secara automatik mengikut susunan ORDER. .

2. ORDER 
Sheet ORDER merupakan sheet dimana senarai maklumat penerima dimasukkan. Boleh letak beratus-ratus maklumat penerima :). Mengikut had sheet yer... maklumat pada Sheet 'POSLAJU' akan merujuk maklumat di sheet 'ORDER'. Maklumat di dalam sheet 'ORDER' juga boleh diguna untuk memudahkan tracking dan tempat simpan maklumat penerima. .

3. SETTING 
Sheet SETTING merupakan sheet dimana setting seperti page size dan margin yang digunakan. Namun Setting ini boleh diubah mengikut kesesuaian printer masing2.

 4. USER MANUAL 
Cara menggunakan template ini.

Setiap Sheet POSLAJU dan ORDER telah dibuat sedikit koding supaya dapat dikemas kini secara automatik. Contoh maklumat ada di dalam sheet.


Kat bawah ni, nor tunjukkan video langkah demi langkah guna template 10 pages.



Yang terkini template 10 pages yang ada ialah
1. template poslaju coklat MFGDate July 2015
2. template poslaju orange MFGDate May 2015
3. template poslaju purple MFGDate May 2015

Setiap template diletak di dalam 3 file berasingan. File ini boleh dibuka menggunakan Software Microsoft Excel.

Boleh download template poslaju di sini:
Template Poslaju 10 Pages Continuous Printing

Sekiranya anda tiada menerima file dalam bentuk 'zip file' sila hubungi:
1. http://www.facebook.com/norazizahtrading atau
2. email: norazizahtrading@gmail.com atau
3. Telefon: 07-7721721 Semoga bermanfaat :)


Post berkaitan Template Poslaju

Download Template Poslaju
Gambar Borang POSLaju untuk template POSLaju
Isi Kandungan Panduan Template Poslaju Excel 10 Pages Versi 3 dalam bentuk pdf
Template poslaju 10 pages Continuous Printing pos Malaysia dalam Microsoft Excel
Template Poslaju 1Click Print Epson LQ310 Microsoft Excel Dot Matrix Preprinted form
Template Poslaju Dropship dalam Microsoft Excel
Template Poslaju Excel 2016
Template Poslaju Import Database Multiple Files Lelong 11Street Shopee Facebook Whatsapp Shopping Cart ECommerce Amazon
Template Poslaju Invoice V1
Template Poslaju Multiple Product List with Quantity Microsoft Excel
Template Poslaju Online Print
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Excel Dot Matrix Printer Continuous Paper
Template poslaju pos Malaysia dalam Microsoft Word
Template Poslaju Receipt V1 Microsoft Excel
Template Poslaju Whatsapp
Template Poslaju WPS Spreadsheet 2016
Template Poslaju Chocolate Database System Open Office 4.1.3 (Calc)

Tutorial Template Poslaju
Cetak 100 borang poslaju menggunakan template poslaju 50 pages
EBook Formula Excel Template Poslaju Database System
Set page size printer LQ310 Windows 10 untuk borang poslaju consignment note
Template Poslaju Coding
Video Tutorial Template Poslaju