Pengurusan Stok Barang Excel (sistem rekod barang ada dalam stok)

Pengurusan Stok Barang Excel (sistem rekod barang ada dalam stok)
Pengurusan Stok Barang Excel (sistem rekod barang ada dalam stok)

Salam, hari ni nor nak kongsi sistem yang nor gunakan untuk uruskan stok. Sistem ini dibuat menggunakan Google Spreadsheet, boleh download dalam format *xlsx.  Boleh dibuka menggunakan Google Spreadsheet, Microsoft Excel atau WPS Spreadsheet (dikenali juga sebagai Kingsoft Spreadsheet)

Sistem ini hanya merekod barang yang ada dalam stok sahaja.  Apabila stok sampai sahaja, boleh terus rekod.  Kemudian sekiranya terdapat pembelian, taip semula jumlah stok yang masih ada :)
  Jadi setiap kali stok sampai dan ada pembelian rekod ini wajib dikemas kini. Barang 'booking' nor tak masukan dalam sistem ini.  Stok hanya akan ditolak selepas bayaran dibuat.

Spreadsheet ini upload di dalam google drive dan boleh dilihat oleh ejen atau pembeli.  Disebabkan itu bilangan stok akan terus update sekiranya terdapat pembelian.  Kemaskini stok akan dibuat secara online.

Sistem ini boleh juga digunakan bersama Order Form dan Template Poslaju.


CARA MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN STOK BARANG EXCEL 
(Sistem rekod barang ada dalam stok)

Sistem pengurusan stok ini hanya menguruskan stok yang terkini atau yang masih ada sahaja.

Terdapat 8 sheet
1 : Sheet STOCK 
 Sheet ini akan memaparkan maklumat stok terkini.
 Hanya masukkan produk yang ada dalam stok sahaja atau produk yang akan ada dalam stok walaupun telah habis.
 Maklumat dalam sheet ini boleh dilihat oleh pelanggan atau ejen.

2 : Sheet PRODUCT CATEGORY
 Semua kategori produk di daftar di sini.

3 : Sheet PRODUCT NAME
 Semua nama produk di daftar di sini.

4 hingga 8 : Sheet PRODUCT DETAILS 1 hingga 5
 Semua perincian mengenai produk di daftar pada setiap sheet berbeza. 
 Contoh warna, jenama, saiz (setiap perincian ini di daftar pada sheet yang berbeza)

DOWNLOAD SISTEM PENGURUSAN STOK BARANG EXCEL (Sistem rekod barang ada dalam stok)


Semoga bermanfaat :)