Taip Borang Poslaju guna mesin taip

Salam, mesin taip agak lama dah nor tinggalkan.  Pernah dengar 'blind typing'? Ini antara kepakaran mereka yang menggunakan mesin taip. 'Blind Typing' menaip hanya tengok kertas tanpa tengok pada mesin taip.  Laju dia orang taip :) 

Antara kelebihan mesin taip ialah hurufnya timbul.  Bila timbul bermaksud boleh ditaip pada kertas yang menggunakan karbon.  Beberapa helai kertas boleh ditaip dalam 1 masa.  Kertas borang poslaju menggunakan karbon.  Di pejabat biasanya kertas karbon ini memang disediakan.  Ada yang berwarna biru atau hitam. 

Nor tak pernah cuba taip borang poslaju pada mesin taip, tapi pernah gunakan kertas karbon untuk menaip :)  Mesin taip ini ada yang tidak menggunakan elektrik dan ada yang menggunakan elektrik.  Mungkin ini antara pilihan sekiranya anda ingin semuanya ditaip pada borang poslaju tetapi tiada printer atau mungkin masa tu 'blackout' :)

Antara jenama-jenama mesin taip:

Mesin taip Olivette





Mesin taip Nakajima


Semoga bermanfaat :)