DIY customize template pre printed Form dot matrix database excel

Salam, apa khabar hari ini?  Semoga sihat semua :)

DIY customize template pre printed Form dot matrix database excel
DIY customize template pre printed Form dot matrix database excel

DIY TEMPLATE


Post kali ini mengenai DIY (Do it yourself) template untuk preprinted form dot matrix.   Preprinted form atau borang yang telah siap dicetak, hanya perlu masukkan maklumat menggunakan pen atau printer.  Bagi mereka yan nak gunakan printer boleh buat sendiri template, dan printer akan mencetak maklumat terus ke borang tersebut.

DOT MATRIX


Preprinted form dot matrix bagi borang yang terdapat beberapa helai dalam 1 set seperti borang consignment note poslaju.  Selain poslaju kebanyakan syarikat penghantaran menggunakan borang yang terdapat beberapa keping.  Printer dot matrix memiliki kemampuan untuk mencetak beberapa helai borang dalam 1 masa.  Setiap printer dot matrix memiliki setting tersendiri.  Printer Dot Matrix yang digunakan di sini ialah Epson LQ310.  Ermmm... printer dot matrix lain boleh ke? :)  Nor tak pernah cuba pada printer dot matrix lain, mungkin boleh ;)

DATABASE


Di dalam template ini terdapat database.  Database berfungsi menyimpan maklumat yang perlu dicetak.  Nor biasanya gunakan database untuk menyimpan maklumat yang sentiasa berubah seperti maklumat penerima pada borang penghantaran.  Maklumat yang tidak berubah seperti maklumat pengirim ditaip terus pada template.

Cara link database ke template ditunjukkan dalam video.  Nor gunakan cara yang biasanya digunakan di dalam excel iaitu VLOOOKUP.

VIDEO

Ok, di sini ada video dan boleh download template kosong dalam Microsoft Excel.  Semoga dapat membantu anda membuat sendiri template.  



DOWNLOAD 

Link: https://goo.gl/6nRyX0