Template Penyata Untung Rugi Profit Loss Statement Database System dalam Microsoft Excel

Template Penyata Untung Rugi Dalam Microsoft Excel

Salam, hari ini nak kongsi template penyata untung rugi.  Setiap bisnes memiliki keunikan tersendiri.  Template ini khas untuk bisnes shawl atau tudung yang dijual secara online dan kebanyakannnya dihantar melalui pos.  Template ini juga melibatkan ejen.  Pembekal akan membayar komisen kepada ejen. Sekiranya ejen dah siap-siap ambil komisen kemudian baru transfer kepada pembekal, maklumat komisen ejen tidak perlu direkod di dalam penyata.

Bisnes yang berbeza pasti memerlukan maklumat berbeza.  Berikut ialah sheet yang digunakan di dalam template penyata untung rugi (profit loss statement).

Sheet UNTUNG RUGI
Sheet ini dimana penyata untung rugi boleh dicetak.  Maklumat di dalam penyata berkaitan dengan maklumat di dalam sheet ORDER dan CASH ACCOUNT.  Kiraan dibuat secara automatik.

Sheet ORDER
Masukkan semua maklumat tempahan di dalam sheet ini.

Sheet CASH ACCOUNT
Akaun ini disediakan khas untuk merekod perbelanjaan seperti bayaran internet, alat tulis, gaji, langganan software dan sebagainya yang kebiasaannya dibayar bulanan.

Sheet PRODUCT SERVICE DETAILS 
Maklumat produk dan service lebih terperinci di dalam sheet ini. 


Download Template Penyata Untung Rugi (Profit Loss Statement) Database System
https://goo.gl/ooywoI


Semoga bermanfaat. 

Sebarang maklumbalas boleh hubungi kami di
email: norazizahtrading@gmail.com
facebook: norazizah trading
telefon: 07-7721721