Software Spreadsheet Percuma dan Perbandingannya dengan Microsoft Excel

Software Spreadsheet Percuma
Software Spreadsheet Percuma
Salam, kali ini nak kongsi info mengenai software spreadsheet percuma yang pernah nor gunakan.  Aktiviti terutamanya yang melibatkan pengiraan atau pengurusan data memerlukan software yang boleh menjadikan aktiviti tersebut menjadi semakin mudah dan cepat. 

Software spreadsheet yang biasa digunakan ialah Microsoft Excel.  Microsoft Excel perlu dibeli dan mempunyai lesen tertentu.  Kini dengan perkembangan teknologi, terdapat software spreadsheet percuma yang dibangunkan oleh kumpulan-kumpulan atau syarikat tertentu untuk kegunaan awam.  Tentunya berita yang menarik kerana ianya percuma :).

Setiap software ada kelebihan dan kekurangan.  Antara software yang pernah nor gunakan ialah WPS Spreadsheet, Google Sheet dan Open Office Calc.

Download Percuma Software Spreadsheet

  1. WPS Spreadsheet: https://www.wps.com/spreadsheets
  2. Open Office: https://www.openoffice.org/download/index.html
  3. Google Sheet:  Login http://www.gmail.com dan pergi ke Google drive https://drive.google.com .  Google sheet boleh dibuka di Google drive.

WPS Spreadsheet

Kelebihan:

*Hampir menyerupai Microsoft Excel terutamanya dari segi formula (coding) yang digunakan.
*File yang dibuat menggunakan WPS Spreadsheet boleh dibuka menggunakan Microsoft Excel jika tiada coding digunakan atau hanya coding asas digunakan.

Kekurangan:

*Terdapat juga coding excel yang tidak dapat digunakan.  Kurang rujukan/sumber di internet mengenai cara-cara penggunaan code :).
*Kemungkinan terdapat error sekiranya menggunakan coding yang lebih kompleks yang dibuat menggunakan Microsoft Excel.
*Online Autoupdate yang mungkin akan menyebabkan format sheet beralih kedudukan.

Google Sheet

Kelebihan:

*Boleh diakses online.
*Boleh membaca coding asas excel.
*Boleh download dan dibuka menggunakan WPS Spreadsheet, Open Office dan Microsoft Excel.

Kekurangan

*Tiada sokongan untuk coding macro. 
*Online Autoupdate yang mungkin akan menyebabkan format sheet beralih kedudukan.

Open Office Calc

Kelebihan:

*sokongan coding macro.
*terdapat banyak rujukan di internet untuk coding asas atau coding macro :)
*File biasa tanpa coding seperti xls atau xlsx boleh dibuka menggunakan Microsoft Excel.

Kekurangan:

*Terdapat perbezaan cara coding digunakan berbanding Microsoft Excel.
*File yang menggunakan coding tidak boleh dibuka menggunakan Microsoft Excel.  Coding tidak berfungsi.


Antara tiga spreadsheet percuma ini, nor sukakan Open Office.  Banyak sumber rujukan cara menggunakan code menjadi sebab nor memilih open office. Nor juga sukakan yang boleh berfungsi secara offline, tidak bergantung sepenuhnya kepada internet.  Software ini menjadi alternatif sekiranya ingin lebih jimat :)  kerana boleh download dan guna secara percuma berbanding Microsoft Excel salah satu software spreadsheet pelbagai guna yang terbaik setakat ini tetapi berbayar :) 

Semoga bermanfaat :).