Cara membuang Shortcut Virus pada USB Drive menggunakan command prompt di windows

Shortcut Virus menyembunyikan file asal dan mewujudkan shortcut menggunakan nama file yang telah disembunyikan.

Cara membuang shortcut virus pada USB Drive

Berikut ialah cara membuang shortcut di dalam USB Drive dan memaparkan semula file yang telah disembunyikan menggunakan command prompt pada komputer windows.

1. Gunakan komputer windows yang bersih daripada shortcut virus.

2. Disable USB Autorun.

3. Pasang USB Drive pada komputer tersebut.  Jangan klik file di dalam USB Drive.

4. Buka File Explorer (Windows Explorer).  Kenalpasti huruf USB Drive.

5. Buka command prompt (Microsoft Dos).

6. Taip kod berikut pada command prompt.

 


 ␣= simbol space

Baris 1: E:
Baris 2: del␣*.lnk
Baris 3: attrib␣-s␣-r␣-h␣/s␣/d␣*.*

Keterangan

Baris 1
USB Drive Letter. Huruf USB Drive.  Biasanya huruf D, E, F dan seterusnya.
 
Baris 2
Membuang semua shortcut di dalam USB Drive
 
Baris 3
Mengembalikan file asal yang telah disembunyikan supaya boleh dipaparkan semula.
 

7. Semak semula file di USB Drive samada semua file telah kembali ke asal.

8. Sekiranya file telah kembali ke asal, seterusnya ialah langkah berjaga-jaga.  Pindahkan file di dalam USB Drive ke tempat lain. Format USB Drive tersebut dan pindahkan semula file ke USB Drive.





Video Upin Ipin