Spider Plant
Pokok spider plant sesuai dijadikan tumbuhan hiasan di dalam atau di luar rumah.
Ciri-ciri pokok Spider Plant
1. Variegated
Memiliki daun lebih 1 warna.
2. Rootbound
Spider Plant seperti menyukai rootbound. Banyak akar serabut di dalam pasu. Walaupun begitu masih tetap subur.
3. Anak pokok tumbuh pada pokoknya sendiri
Anak pokok Spider Plant boleh didapati selepas spider plant mula mengeluarkan pucuk baru. Pucuk baru ini akan menghasilkan daun atau bunga. Bunga dan daun ini setelah beberapa lama akan mengeluarkan akar. Selepas itu boleh dipindahkan ke pasu lain.
