Letak pakaian di almari dan beg adalah penyelesaian terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah ruang simpanan yang terhad di rumah. Dengan kaedah ini, pakaian boleh diurus dengan lebih kemas dan sistematik.
Kategori Penyimpanan Pakaian
Jenis Pakaian : Pakaian Harian
Cara Simpan : Gantung di dalam almari
Jenis Pakaian : Pakaian Perayaan
Cara Simpan : Simpan di dalam beg travel
Jenis Pakaian : Pakaian Musim Sejuk/Hujan
Cara Simpan : Simpan di dalam beg travel
Cara Simpan Pakaian Di Dalam Beg Travel
Pakaian perayaan dan musim sejuk hanya dikeluarkan sekali setahun. Biasanya dipakai paling lama dalam tempoh sebulan sahaja. Sebelas bulan seterusnya akan berada di dalam beg. Sepanjang berada di dalam beg, pastikan :
● ubat gegat atau pewangi dimasukkan ke dalam beg agar pakaian tidak berbau apabila disimpan dalam tempoh yang lama. Pakaian juga sentiasa bersih dan sedia dipakai bila tiba masanya
● kaedah melipat pakaian gaya Marie Kondo
Lipat pakaian anda menggunakan konsep Marie Kondo sebelum dimasukkan ke dalam beg travel. Kaedah ini membolehkan pakaian :
● Pakaian mudah dilihat tanpa perlu mengeluarkan pakaian di dalam beg
● Pakaian senang diambil tanpa menyepahkan pakaian lain
● Menjimatkan ruang dengan lipatan yang kemas dan tersusun
Semoga hidup lebih tenang!
