Tips Simpan Pakaian Untuk Ruang Simpanan Terhad

Letak pakaian di almari dan beg adalah penyelesaian terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah ruang simpanan yang terhad di rumah. Dengan kaedah ini, pakaian boleh diurus dengan lebih kemas dan sistematik.
 

Kategori Penyimpanan Pakaian

Jenis Pakaian : Pakaian Harian

Cara Simpan : Gantung di dalam almari 

 

Jenis Pakaian : Pakaian Perayaan

Cara Simpan : Simpan di dalam beg travel

 

Jenis Pakaian : Pakaian Musim Sejuk/Hujan

Cara Simpan : Simpan di dalam beg travel

 

Cara Simpan Pakaian Di Dalam Beg Travel 


Pakaian perayaan dan musim sejuk hanya dikeluarkan sekali setahun.  Biasanya dipakai paling lama dalam tempoh sebulan sahaja.  Sebelas bulan seterusnya akan berada di dalam beg.  Sepanjang berada di dalam beg, pastikan :


ubat gegat atau pewangi dimasukkan ke dalam beg agar pakaian tidak berbau apabila disimpan dalam tempoh yang lama.  Pakaian juga sentiasa bersih dan sedia dipakai bila tiba masanya

kaedah melipat pakaian gaya Marie Kondo

Lipat pakaian anda menggunakan konsep Marie Kondo sebelum dimasukkan ke dalam beg travel. Kaedah ini membolehkan pakaian :


● Pakaian mudah dilihat tanpa perlu mengeluarkan pakaian di dalam beg

● Pakaian senang diambil tanpa menyepahkan pakaian lain

● Menjimatkan ruang dengan lipatan yang kemas dan tersusun
 

Semoga hidup lebih tenang!

Universiti / Lepasan SPM STPM Ijazah

Made In Malaysia

.